Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Berikut adalah ucapan penutup Persidangan Konfrontasi Ekstremisme yang disampaikan Sheikh al-Azhar, Dr. Ahmad Tayyib, pada 3 hingga 4 Disember 2014 yang merangkumi beberapa noktah penting seperti berikut:
- Persidangan ini universal meliputi seluruh tokoh dari Timur dan Barat, Arab dan Islam, Muslim Sunni dan Syiah, termasuk Kristian
- Jenama Islam yang tercemar dieksport kumpulan pengganas IS dengan penyembelihan, pengeboman dan pemusnahan
- Faktornya ialah plot konspirasi musuh di Timur Tengah yang memuaskan kepentingan Israel
- Konspirasi pencerobohan Amerika di Iraq adalah pembohongan yang dicanang media dan diakui oleh kuasa angkuh politik dunia
- Arab harus bersatu, sebagaimana kesatuan Eropah
- Ideologi Ekstrem telah maresap dalam fikiran anak muda yang membawa kepada terrorisme yang berbentuk sektarian di Iraq, Syria dan Yaman
- Syeikh Dr. Ahmad Tayyib meminta ummat memberikan kepercayaan muktamad kepada al-Azhar sebagai pembimbing agama yang sebenar